27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Keputusan SPM Ulangan dikeluarkan 20 Oktober – KPM

Waktu semakan keputusan peperiksaan SPMU adalah mulai 10 pagi pada 20 Oktober sehingga enam petang pada 26 Oktober ini. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun ini akan dikeluarkan pada 20 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan peperiksaan itu dapat disemak secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Selain itu, ia boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPMU dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Waktu semakan keputusan peperiksaan SPMU adalah mulai 10 pagi pada 20 Oktober sehingga enam petang pada 26 Oktober ini. 

Advertisements

Untuk rekod, seramai 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara mengambil peperiksaan SPMU 2022 pada 12 hingga 14 Sept lalu.

Sementara itu, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala 1,441 orang dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan