26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

DUN Pahang, Perlis bubar hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perlis masing-masing mengambil keputusan membubarkan DUN berkuat kuasa hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman pembubaran kedua-dua DUN berkenaan dibuat Menteri Besar negeri masing-masing.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembubaran dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, pemilihan tarikh hari ini ialah bagi membolehkan pembentangan dan perbahasan mengenai Bajet Pahang 2023 disempurnakan terlebih dahulu, sekali gus diluluskan untuk dilaksanakan tahun depan, demi kepentingan rakyat.

Advertisements

Pada PRU14 lalu, UMNO dan Barisan Nasional memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN di Pahang.

Sembilan lagi kerusi DUN adalah di bawah Pakatan Harapan (PH) sementara lapan lagi di bawah Pas.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memaklumkan DUN Perlis dibubarkan setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Ia seterusnya akan memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU15 tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan