24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Projek BPS lakar sejarah hubungan ekonomi Malaysia-UK

Projek Battersea Power Station (BPS) di Central London juga dijangka akan memberi pulangan lumayan kepada rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin pelaburan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap projek Battersea Power Station (BPS) di Central London akan memberi pulangan yang lumayan kepada rakyat.

Tengku Zafrul berkata, selain PNB dan KWSP, projek hartanah ikonik itu turut dibangunkan menerusi kerjasama Sime Darby Properties Bhd serta SP Setia Bhd.⠀

“Siapa sangka sebuah kawasan stesen janakuasa yang sudah tidak beroperasi selama empat dekad boleh dijadikan sebagai sebuah pusat pembangunan bercampur (mixed development) baharu. ⠀

“Inilah kejayaan Malaysia, iaitu Battersea Powerstation, sebuah kawasan di London, United Kingdom yang dibangunkan oleh Malaysia menerusi kerjasama PNB, KWSP, Sime Darby Properties serta SP Setia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisements

Terdahulu, Tengku Zafrul mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia (BPS) di Central London.

Menurut Tengku Zafrul, majlis berkenaan pastinya melakar sejarah penting bagi hubungan ekonomi Malaysia-United Kingdom.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.⠀

“Saya percaya pelaburan yang dibuat oleh KWSP dan PNB mampu memberikan pulangan yang lumayan buat KeluargaMalaysia. Harapnya dividen ASB dan KWSP tahun depan akan meningkat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan