29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Jamal rebah ketika hadir program BN

Terdahulu, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menghadiri satu program BN di Sungai Besar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dikejarkan ke hospital selepas jatuh secara mengejut ketika menghadiri program parti itu di Sungai Besar, malam tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Amin Daniel sambil menjelaskan bapanya kini dipantau rapi oleh doktor di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Ayah saya tiba-tiba rebah ketika menghadiri sebuah program BN di Sungai Besar dan saya sendiri membawa ayah ke Prince Court untuk mendapatkan rawatan.

Advertisements

“Pihak hospital masih menjalankan ujian darah untuk mengenal pasti punca sebenarnya kesihatan dia merosot,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menghadiri satu program BN di Sungai Besar.

Untuk rekod, Jamal sebelum ini menghidapi penyakit kanser paru-paru tahap empat dan kini kembali sakit dan berada dalam pemantauan rapi doktor pakar hospital berkenaan. 

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan