27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kata dua kepada PM: Pemuda UMNO mahu saman media

Berang dengan laporan konon Ismail Sabri diberikan kata dua sama ada membubarkan Parlimen atau dipecat

Mesti Baca

PEMUDA UMNO hari ini berang dengan tindakan beberapa media yang melaporkan konon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan kata dua oleh parti itu sama ada membubarkan Parlimen atau dipecat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laporan media terbabit yang memetik ‘sumber dalaman’ jelas bersifat fitnah dan berniat jahat bagi mencipta persepsi negatif terhadap UMNO.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan saman akan dimulakan ke atas media terbabit iaitu Malaysiakini dan Astro Awani.

“Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya berada dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO dari awal hingga akhir.

“Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini kononnya mesyuarat memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada untuk membubarkan Parlimen atau dipecat adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencipta persepsi negatif terhadap UMNO.

“Saya telah menghubungi Datuk Seri Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) dan berbincang dengan Peguam UMNO untuk memulakan tindakan saman ke atas Malaysiakini dan Awani hari ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Asyraf berkata, sebelum ini Astro Awani turut membuat laporan berita fitnah kononnya Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian UMNO mendesak Perdana Menteri agar campur tangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

“Kedua-dua penglaporan berita fitnah ini langsung tidak bertanggungjawab dan beretika.

“Malaysiakini dan Awani seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif,” katanya.

Malaysiakini dalam laporannya berkata, Mesyuarat Biro Politik Umno Rabu lalu ‘tegang’ dan tekanan diberikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengadakan pilihan raya umum atau dipecat daripada parti.

Menurut sumber parti dan kerajaan, ada pemimpin UMNO yang hadir pada malam itu meninggikan suara terhadap Perdana Menteri, khususnya berkaitan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut menghadiri mesyuarat di Menara Dato Onn itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan