26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

OKU kibar bendera Malaysia di puncak kedua tertinggi dunia

T. Ravichandran menjadi pendaki Malaysia pertama berjaya menawan gunung K2 yang terletak di Banjaran Himalaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDAKI solo orang kurang upaya (OKU) negara, T. Ravichandran dinobatkan sebagai pendaki pertama Malaysia yang berjaya menawan gunung kedua tertinggi dunia, K2 di Pakistan.

Sebelum ini, Ravichandran yang merupakan anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu telah melakar sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki di puncak tertinggi dunia, Gunung Everest berketinggian 8,848 meter untuk kali ketiga pada 12 Mei lalu selepas berjaya melakukannya pada 2006 dan 2007.

Ravichandran berkata, dia berjaya menawan gunung di Pakistan dalam banjaran yang sama dengan Everest iaitu Himalaya kira-kira pukul 10.50 pagi waktu Malaysia. 

“Saya berasa bangga kerana berjaya mendaki gunung setinggi 8,611 meter (m) itu setelah berjaya mendaki Gunung Everest, Nepal pada 12 Mei lalu. 

“Kejayaan saya Jumaat lalu dibantu lima pendaki solo terhebat dunia serta lima orang sherpa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ravichandran yang kehilangan beberapa batang jari tangan kanan dan kiri itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarganya, pihak penajanya serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini. 

Advertisements

Menurutnya, usahanya selama ini adalah membuktikan golongan OKU seperti dirinya mampu melakukan apa sahaja berbekalkan kemahuan serta iltizam yang tinggi. 

“Saya juga hadiahkan pencapaian ini bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-65 pada tahun ini. 

“Sokongan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama sentiasa berada di minda saya sepanjang ekspedisi pendakian ini,” katanya.

Untuk rekod, Gunung K2 atau nama tidak rasminya Gunung Godwin Austen terletak di bahagian Karakoram dari Himalaya antara Pakistan dan China.

Gunung itu disifatkan sebagai paling sukar untuk didaki kerana cuaca dan permukaannya lebih curam dan berbahaya berbanding Everest.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan