27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Harga barangan di Malaysia kedua terendah ASEAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA barangan di Malaysia terus kekal antara yang terendah dalam kalangan negara ASEAN, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, beliau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan laporan berkenaan program bakul makanan iaitu diet makanan sihat daripada Bank Dunia.

Menurutnya, laporan ber­kenaan menunjukkan perban­dingan antara semua negara ASEAN untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria-kriteria diet sihat mengikut negara.

“Laporan berkenaan mele­takkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

“Ia turut melibatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.

Advertisements

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program lelong Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, banyak pihak yang cuba mempolitikkan isu harga barangan sehingga menjalankan demonstrasi sedangkan tindakan itu tidak membantu kepada penurunan harga makanan. 

“Ada orang cuba mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik. Apabila harga barang mahal mereka sibuk nak berdemonstrasi bukan cuba nak membantu. Demonstrasi bukan satu cara yang merendahkan harga barang,” katanya.

Menurut Annuar, setiap hari pasukan khas itu mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pakar tentang langkah-langkah untuk menurunkan harga barang secara relatif.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan