26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Meninggal dunia sebelum sempat ambil daging korban

Mayat dirujuk ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tidak sempat mengambil daging korban yang diagihkan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah di Melaka hari ini.

Lelaki berkenaan dilaporkan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan seterusnya disahkan meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, semasa majlis sedang berlangsung kira-kira pukul 11.05 pagi, nama si mati, Abd. Malik Bakar, 55, dipanggil oleh penganjur untuk menerima daging korban, namun, tiada sahutan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan penganjur, didapati mangsa tidak sedarkan diri lantas dibaringkan di atas sofa di pusat khidmat masyarakat berkenaan.

“Pada pukul 11.05 pagi, Balai Polis Masjid Tanah menerima panggilan dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah yang memaklumkan, seorang lelaki iaitu penerima daging korban tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Arshad menyatakan semakan mendapati majlis agihan daging korban anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut sama dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Advertisements

Menurutnya, ketika majlis sedang berlangsung, nama si mati dipanggil, tapi tiada sahutan.

“Pegawai Khas Parlimen Masjid Tanah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal.

“Setengah jam kemudian, ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru sampai dan memeriksa si mati, mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Tambah Arshad, mayat si mati yang beralamat di Durian Daun di sini dirujuk ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

-EDISI9 

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan