32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Puad ‘serang’ ROS, dakwa jabatan paling tak efisyen

Mesti Baca

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puas Zarkashi ‘menyerang’ Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana sehingga kini belum meluluskan permohonan UMNO untuk meminda perlembagaan parti.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, jabatan itu paling tidak efisyen dan tebal dengan birokrasi dan masih dibelenggu tadbir urus lapok.

“Apakah ROS jabatan paling tidak efisien di Malaysia? Jabatan yang tebal dengan birokrasi dan masih dibelenggu dengan tadbir urus lapok?

“Apakah ROS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana menterinya dari Bersatu? ROS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus caretaker sahaja,” kata beliau dalam Facebook hari ini.

Pada 15 Mei lalu semasa Perhimpunan Agung UMNO, parti itu telah meluluskan usul pindaan perlembagaan yang antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan lebih daripada enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan dengan tangan surat permohonan pindaan perlembagaan itu kepada ROS pada 17 Mei, dua hari selepas usul tersebut diluluskan.

Advertisements

Namun sehingga hari ini, ROS masih belum memberikan sebarang keputusan berhubung permohonan tersebut.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ROS mempunyai masa sehingga 60 hari dengan tarikh terakhirnya pada 16 Julai ini untuk membuat keputusan ke atas pindaan perlembagaan tersebut.

Puad berkata, sekiranya ROS menganggap permohonan UMNO untuk menanggug pemilihan parti dalam tempoh enam bulan seleas PRU tidak mengikut perlembagaan, bagaimana permohonan MCA dan Gerakan diluluskan?

ROS sebelum ini telah meluluskan permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan selepas tempoh mereka berakhir pada Jun tahun lalu.

UMNO sepatutnya perlu mengadakan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan Pusat selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Untuk rekod ROS merupakan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana menterinya adalah Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha Agung Bersatu, seteru utama UMNO dalam politik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan