26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Selipar jadi petunjuk, remaja lemas di Sarikei ditemukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah tasik tempat mengorek pasir di Jalan Kin San, Sarikei, Sarawak kira-kira 58 kilometer dari Sibu, ditemukan lemas 12.30 tengah malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Terry Leon Zi Jun, 13, ditemukan oleh anggota keluarganya setelah operasi mencari yang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ditangguhkan pukul 10.30 malam ekoran cuaca gelap.

“Berikutan penemuan itu yang turut disahkan oleh pihak polis, operasi mencari itu ditamatkan pada pukul 1 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Advertisements

Menurutnya, terdahulu panggilan berhubung kehilangan remaja berkenaan diterima kira-kira pukul 8.35 malam dan BBP Sarikei mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggotanya.

Ketika tiba di lokasi kejadian, hanya selipar mangsa dijumpai di tepi tasik berkenaan. — Bernama

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan