25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

RM25.9 juta tambah baik fasiliti Sekolah Sukan Bukit Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan sebanyak RM25.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan 2 Tahun 2022 bagi menambah baik kemudahan dan fasiliti di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin setelah mengadakan lawatan ke sekolah itu pagi tadi.

SSBJ adalah antara sekolah yang tidak asing lagi bagi atlet murid. Pagi tadi saya telah membuat tinjauan di sekolah ini yang telah banyak melakar sejarah melahirkan atlet kebangsaan dalam pelbagai jenis sukan berkualiti tinggi.

“Sejumlah RM25.9 juta telah diperuntukkan oleh KPM bagi tujuan pembinaan gelanggang serbaguna terbuka, trek sintetik dan kerja-kerja naik taraf kemudahan sekolah yang pastinya dapat meningkatkan lagi semangat atlet murid untuk terus berlatih,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook beliau hari ini, lapor Kosmo!.

Menurut Radzi, ketika berada sekolah tersebut, beliau turut sempat berjumpa dengan jurulatih dan guru serta melihat sendiri anak-anak bakal jaguh sukan mengikuti pembelajaran masing-masing di dalam kelas.

Advertisements

“Apa yang pasti, anak-anak yang dianugerahkan dengan bakat sukan ini ternyata kental dan berjiwa besar dalam mengimbangi bidang akademik dan bukan akademik.

“Semoga bakat anak-anak ini terus digilap oleh guru berwibawa agar mereka menjadi permata bernilai.

“Anak-anak juga perlu giat berusaha bagi meningkatkan potensi diri ke tahap yang paling tinggi,” katanya.

Tambah beliau, KPM komited dalam memastikan prasarana sukan di sekolah tersebut sentiasa berada di tahap terbaik demi kesejahteraan pendidikan warga SSBJ.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan