24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Masalah rakyat belum selesai, jangan kerap sangat pilihan raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN seharusnya diberi peluang untuk mentadbir negara sehingga habis penggal,”kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, tempoh selepas habis penggal tersebut merupakan waktu sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Cadangan kita perlambatkan. Masalah rakyat banyak belum selesai lagi. Jangan kerap sangat pilihan raya.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah beberapa kali,” katanya ketika ditemui pemberita di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hari ini, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor menyatakan bahawa PRU15 wajar ditangguhkan beberapa bulan lagi sehingga fasa peralihan endemik ketika ini berjaya membuktikan tiada gelombang baharu yang serius.

Advertisements

Khairy berkata, banyak faktor perlu diteliti selain gesaan untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat ini juga bukan desakan rakyat, sebaliknya lebih kepada desakan parti politik.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat mengenai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada bertemu pembangkang dan membincangkan mengenai keinginannya menjadi Perdana Menteri semula.

“Maklumatnya tidak ada. Biasanya dia maklum,” ujarnya.

Abdul Hadi dalam masa sama turut mengakui bahawa Muhyiddin merupakan salah seorang calon Perdana Menteri daripada PN.

“Beliau salah seorang calon Perdana Menteri (daripada PN),” katanya.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan