26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pemuda UMNO gesa letak jawatan, Latiff minta maaf akui kesilapan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Dr.Abdul Latiff Ahmad bahawa UMNO Sabah sebuah ‘parti yang tidak laku’ sebagai biadab dan angkuh.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa, Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing meletakkan jawatan.

Beliau menegaskan, kenyataan biadab dan angkuh itu tidak harus diungkapkan oleh seorang yang sudah berstatus menteri dalam sebuah kerajaan yang terbentuk hasil kerjasama gabungan parti-parti politik terutamanya UMNO sebagai rakan komponen terbesarnya.

‘’Lebih menghiris lagi apabila kenyataan yang berupa penghinaan sebegitu diluahkan oleh seorang pengkhianat parti yang lari dan terjun meninggalkan bahtera UMNO di saat badai besar melanda, sedangkan bahtera inilah yang pernah mengangkat beliau sebagai Ahli Parlimen Mersing,’’ katanya.

Advertisements

Justeru kata Dr.Asyraf Wajdi, demi maruah UMNO dan mengekalkan keharmonian dan penghormatan parti-parti yang bekerjasama dalam Kerajaan Perikatan Nasional, Pemuda UMNO bertegas agar Abdul Latiff segera meletakkan jawatan selaku Menteri Kabinet.

‘’Pemuda UMNO tidak sesekali merelakan maruah parti terus dicabuli buat kali kedua dengan kata nista berupa penghinaan setelah perilaku pengkhianatan ke atas parti ini cuba kami kompromi,’’ tegasnya.

Sementara itu, Abdul Latiff seperti dilaporkan Pnbbcportal mengakui kesilapan dan memohon maaf jika kenyataannya telah disalah anggap dan menyakiti hati banyak pihak.

‘’Kenyatan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya itu menyinggu perasaan sesetengah pihak. Musuh sebenar adalah pihak lawan. Jangan biarkan kita bercakaran,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan