27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, February 26, 2024

Muhyiddin dicadang sertai semula UMNO, diangkat Presiden parti

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu.

Nazri yang dipetik Astro Awani berkata, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.

Jelas beliau, dengan kembalinya Muhyiddin ke pangkuan UMNO, banyak masalah akan dapat diselesaikan antaranya pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS.

“Muhyiddin tidak tinggalkan kita (UMNO) tetapi dipecat dan sekiranya beliau kembali, sumbangannya amat besar kerana bawa balik jawatan Perdana Menteri kepada UMNO.

“Tidak berbangkit apa akan jadi kepada Presiden UMNO kerana yang penting adalah parti, kita kena terima dengan tangan terbuka,” katanya.

Nazri yang juga Ketua UMNO bahagian Padang Rengas mencadangkan sekiranya Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, jawatan presiden parti juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Hujah beliau, secara tradisinya, Perdana Menteri merupakan Presiden UMNO dan pemimpin dan ahli parti perlu menerima dengan tangan terbuka.

“Kita sebagai orang Melayu kena sentiasa sedia bermaaf-maafan demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Kita kena bagi jawatan Presiden UMNO sebab beliau kembali dengan bukan dengan tangan kosong tetapi dengan jawatan Perdana Menteri, kita kena terima, kena berkorban dan menerima dengan terbuka.

“Saya seorang anak Melayu, pada saya tidak ada pengorbanan yang tidak boleh kita lakukan demi agama dan bangsa kita,” katanya lagi.

Nazri mengulas pandangan sesetengah pihak yang berpendapat Perikatan Nasional (PN) akan berdepan masalah menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

Jelas beliau, hanya dengan penyertaan Muhyiddin kedalam UMNO dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

“Terserah sama ada beliau nak masuk seorang diri atau bawa semua wakil rakyat Bersatu. UMNO kena terima,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Rangka strategi jangka panjang sebelum mansuh pencen

Oleh DR SAFIAH OMAR PEKERJA sektor awam yang dilantik selepas 1 Februari 2024 tidak lagi mempunyai skim pencen seperti penjawat...

Lagi Artikel Berkaitan