26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Rakyat Malaysia lebih pendek daripada Singapura

Faktor pemakanan dan keaktifan fizikal mempengaruhi kadar ketinggian manusia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PURATA ketinggian rakyat Malaysia ternyata lebih rendah berbanding rakyat negara jiran, Singapura iaitu dengan 164.7 sentimeter (sm) untuk lelaki dan 153.3 sm untuk wanita.

Menurut Public Health Malaysia, ukuran itu lebih rendah berbanding rakyat Singapura yang mencatatkan purata ketinggian 170.6 sm bagi lelaki dan 160 sm bagi wanita.

“Lelaki Jepun mencatatkan purata ketinggian sekitar 171.2 sm dan purata ketinggian perempuan pula adalah 158.8 cm.

“Bagi purata ketinggian lelaki Korea Selatan pula ialah 175.3 sm, manakala, perempuan bagi negara berkenaan pula mencatatkan purata ketinggian sekitar 162.6 sm,” kata agensi itu menerusi Facebooknya hari ini.

Public Health Malaysia menyatakan faktor pemakanan semasa fasa pertumbuhan iaitu kanak kanak dan remaja adalah antara faktor untuk merangsang ketinggian.

Advertisements

“Selain memastikan mereka cukup tidur dan aktif dalam aktiviti fizikal,” katanya.

Selain itu menurutnya, tabiat tidak memakan sayur, buah-buahan, produk tenusu juga mempengaruhi ketinggian.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet dan ada antaranya cuba mengaitkan tabiat pemakanan masing-masing dengan ketinggian mereka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan