26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

SKOD Kemas perkasa 182 kawasan Parlimen luar bandar – Mahdzir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu dilaksanakan bagi menggerakkan aktiviti sukarelawan di luar bandar.

“SKoD ini merupakan Kumpulan Tindakan Komuniti yang ditubuhkan di kawasan luar bandar yang mempunyai peranan seperti Komuniti Rukun Tetangga.

“Cuma bezanya SKoD fokus kepada komuniti di luar bandar dimana penyertaannya adalah secara sukarela dan terbuka serta membabitkan Penghulu, Ketua Kampung, Institusi Kepimpinan Komuniti, Jawatankuasa Masjid, Surau serta orang awam.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Komuniti Sejahtera dan Iftar Bersama Warga KEMAS di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Padang Terap, Kedah, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Advertisements

Jelas Mahdzir, SKoD disasarkan akan dianggotai sekurang-kurangnya 15 orang ahli bagi setiap kampung secara sukarela dan tanpa sebarang bayaran.

“Antara pengisian Program SkoD termasuk aktiviti kesedaran kesihatan, amalan gaya hidup sihat dan program menangani isu keselamatan serta kebajikan penduduk kampung.

Ujar beliau lagi, program ke arah memupuk semangat patriotisme seperti sambutan Hari Kebangsaan dan Kebesaran Islam juga akan diadakan.

“Sebagai contoh apabila berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran di kawasan mereka, sukarelawan SkoD ini akan menjadi barisan paling pantas untuk membantu mangsa yang terkesan dengan musibah yang berlaku di tempat mereka.

“Kita juga berharap melalui program ini kita mampu melahirkan generasi pelapis yang akan menjadi barisan kepimpinan dalam kalangan penduduk kampung,” ujar Mahdzir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan