29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lelaki tetak empat ahli keluarga menjelang waktu berbuka

Mangsa yang cedera parah ialah isteri suspek, ibu mentuanya serta dua adik ipar masing-masing berusia 16 dan 31 tahun. Suspek sedang diburu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki sanggup menetak empat keluarganya sehingga parah ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam itu mengakibatkan seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua, 50-an, dan dua adik ipar berusia 16 dan 31 tahun cedera parah.

Difahamkan, kesemua mangsa mengalami kecederaan pada leher, kepala, tangan serta badan dipercayai dilibas menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan kes tersebut pada pukul 8.22 malam.

Advertisements

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.11 malam apabila secara tiba-tiba, suspek telah mengamuk dan menetak empat orang mangsa yang berada dalam rumah menggunakan parang.

“Kesemua mangsa iaitu isteri, ibu mertua dan dua adik iparnya parah dan telah mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi dan kini dilaporkan stabil.

“Punca kejadian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Menurutnya, suspek bernama Mohd. Adi Hashim, 38, beralamat di Felda Air Tawar 3 sedang diburu bagi membantu siasatan.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan