33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kabinet bercanggah pendapat isu RUU Antilompat Parti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KABINET masih lagi tidak mendapat kata sepakat, malah tidak bersetuju dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Wan Junaidi, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU tersebut dibentangkan pada masa hadapan.

“RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada sidang khas yang telah ditetapkan sebelum ini bagi membuka ruang melanjutkan kajian mengenai definisi ‘lompat parti’

“Ya, ia telah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Sistem Parlimen Malaysia menetapkan sebarang pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Ini menjadikan RUU Anti Lompat Parti ditangguhkan buat kali kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu iaitu hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.

Terdahulu, awal April ini, Wan Junaidi berkongsikan seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini.

Menurutnya, tindakan melompat parti juga membawa kepada ketidakstabilan politik negara, malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam satu penggal parlimen.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan