27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KLIA terima penerbangan antarabangsa pertama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PESAWAT Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi menjadi pesawat pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena pembukaan sempadan negara secara rasmi, hari ini.

Pesawat yang turut membawa bersama jemaah umrah tempatan itu tiba kira-kira 1 pagi tadi.

Sementara itu, sebuah pesawat sewa khas dari Yangon, Myanmar yang membawa 21 penumpang tiba kira-kira 3.15 pagi di KLIA.

Seorang penumpang, Mohd Akram Amri, 35, berkata urusan kepulangannya dari Myanmar ke Malaysia kali ini lebih mudah dan cepat dengan hanya kira-kira 10 minit berbanding lebih dua jam sebelum ini.

Advertisements

“Sebelum sempadan dibuka, masa itu ketat, ada ujian RT-PCR dan kena kuarantin 14 hari tapi sekarang proses lebih senang apabila sempadan dah buka,” kata bapa kepada empat anak yang bekerja selama tiga bulan di luar negara.

Berdasarkan paparan jadual penerbangan di KLIA, sekurang-kurangnya 17 penerbangan antarabangsa akan tiba di KLIA.

Antaranya dari Jeddah, Arab Saudi; Yangon, Myanmar; Kathmandu, Nepal; Dhaka, Bangladesh; Melbourne, Australia; Chennai dan Hyderabad, India; London-Heathrow; Jakarta, Indonesia; Muscat, Oman; Singapura dan Doha, Qatar sehingga 9.30 pagi ini.

Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik. – Bernama

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan