31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tidak vaksin, belum dijangkiti Covid-19 kumpulan berisiko tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan itu dan perlu mendapatkan vaksinasi dengan segera.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan agar individu berkenaan mendapatkan segera vaksinasi dan hadir ke temu janji tersebut sekiranya telah berdaftar, demi melindungi diri dan orang tersayang.

Memperincikan kategori individu yang dijangkiti virus berkenaan, Dr Noor Hisham sekali lagi memaklumkan sekiranya individu yang didapati positif COVID-19 kategori 1 dan 2A serta bukan berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

“Sebaliknya, mereka terutama yang berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera.

“Mereka hanya perlu menghantar pesanan ringkas (SMS) atau menunggu panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Jelas beliau, individu yang perlu hadir ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon.

Advertisements

“Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas, sama ada berisiko tinggi atau tidak atau mempunyai gejala semakin teruk dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon,”katanya.

Dari segi tempoh isolasi, kata Dr Noor Hisham, bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk mendapat dos penggalak adalah tujuh hari.

“Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala,” katanya.

Ujar beliau, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

“Kita juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan