32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bot bawa 14 pemancing, empat kru hampir karam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot yang membawa 14 orang pemancing dan empat kru dipercayai hampir karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di Langkawi hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini sedang mengesan bot yang dilaporkan hampir karam itu selepas menerima maklumat berkenaan insiden tersebut daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi kira-kira pukul 2 petang ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, Kapal Maritim Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi carilamat setelah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.

“Pihak Maritim Malaysia turut menemukan beberapa objek dipercayai daripada bot tersebut pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari kedudukan akhir bot berkenaan dilaporkan hilang.

Advertisements

“Susulan penemuan itu, Zawawi memberitahu, pihaknya telah meluaskan sektor pencarian daripada 5 batu nautika hingga ke 10 batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Utusan.

Mohd. Zawawi berkata, maklumat kejadian ini turut disalurkan kepada agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti nelayan setempat.

Sehingga kini, pencarian masih dilakukan bagi mengesan bot bersama kru dan pemancing tersebut,”katanya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan