25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Banjir: APM bantu bawa jenazah ke pusara guna bot

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGGOTA Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai, Kelantan membantu membawa jenazah seorang dengan menggunakan bot meredah banjir untuk tujuan pengebumian hari ini.

APM dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan khidmat bantuan yang diberikan susulan banjir di kawasan Pantai Timur.

“APM tetap siap dan sedia dalam apa jua keadaan membawa jenazah ke perkuburan. Jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan akibat banjir.

“Dengan menggunakan bot, APM Kuala Krai mengambil jenazah dari perumahan Bukit Sireh ke tanah perkuburan Kampung Bedal,” katanya hari ini.

Sementara itu, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kampung sekitar Kuala Krai dinaiki banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara kini dibuka.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini 24 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan pertama yang dibuka di Masjid Lama Keroh, Kuala Krai.

Advertisements

Semua yang ditempatkan di pusat pemindahan itu membabitkan sembilan lelaki dewasa dan 10 wanita dewasa, selain tiga kanak-kanak dan dua bayi.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my, menyatakan sehingga jam 3 petang ini, dua sungai utama melebihi paras bahaya iaitu Sungai Jenob di Tanah Merah dan Sungai Lebir di Kampung Tualang di Kuala Krai masing-masing dengan bacaan 25.19 meter (m) dan 36.88 m.

Tiga sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Nal di Kuala Krai (24.76 m), Sungai Kelantan di Kampung Temangan Machang (15.54 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.06 meter).

Selain itu, tiga sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Sungai Lebir di Kampung Karangan, Kuala Krai (28.45 m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.09 m) dan Sungai Kelantan di Kampung Kusial, Tanah Merah (12.35 m).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan