27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dos penggalak jenis Sinovac boleh didapati ‘walk-in’ Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VAKSIN penggalak jenis Sinovac kini boleh didapati secara pendaftaran terus (walk in) di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Luar Tapak bermula Isnin ini.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, penerima dos penggalak boleh menyemak senarai PPV Luar Tapak di laman web ProtectHealth: www.protecthealth.com.my.

“Vaksin Sinovac untuk dos penggalak akan tersedia di semua PPV Luar Tapak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan dos penggalak jenis Pfizer untuk penerima Sinovac.

Advertisements

Ini kerana vaksin berkenaan menawarkan tahap perlindungan yang lebih tinggi.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membenarkan penerima Sinovac untuk dos primer mereka (dos pertama dan kedua) untuk mendapatkan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak.

Ini berikutan keengganan sebilangan penerima Sinovac untuk menerima suntikan dos campuran daripada Pfizer mahupun AstraZeneca. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan