31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRN Johor: PN selesai bahagi kerusi – Wan Saiful

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, pembahagian melibatkan parti-parti Bersatu, Pas dan Gerakan itu selesai sepenuhnya petang semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman mengenai calon-calon terbabit hanya akan dilakukan selepas 11 Februari ini iaitu apabila PN selesai mengadakan beberapa program termasuk pelancaran jentera di Johor Bahru.

“Bagi kerusi yang dipertandingkan, kita akan fokus semua kerusi tetapi kita mempunyai beberapa tempat yang kita yakin ada peluang lebih baik,” katanya selepas program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Batu Pahat, Johor, malam tadi lapor Bernama.

Advertisements

Wan Saiful berkata, bagi kerusi tumpuan, perkara itu akan diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PRN Johor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beliau telah menggariskan strategi besar untuk seluruh negeri.

Mengulas tindakan lebih 300 ahli Bersatu Bahagian Tanjung Piai keluar daripada parti itu dan menyertai Warisan, beliau berkata, Bersatu tidak terkesan dengan perkara yang berlaku dan tetap akan bertanding di kawasan terbabit.

Menurut Wan Saiful, pengumuman keluar parti itu hanya dibuat oleh individu dan tidak menjejaskan struktur parti malah keahlian mereka akan digantikan dengan orang lain.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan