25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kes Covid-19 terus melonjak, kini lepasi 10,000 kes

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JANGKAAN peningkatan kes disebabkan penularan varian Omicron ternyata benar apabila kes harian Covid-19 melonjak lebih 10,000 setelah lebih tiga hari berturut-turut meningkat secara mendadak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian Covid-19 hari ini adalah sebanyak 10,089 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.

Menurutnya, dari jumlah tersebut, 77 kes atau bersamaan 0.76 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 10,012 kes iaitu bersamaan 99.24 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 adalah membabitkan 2,482 kes (24.6 peratus), kategori 2 sebanyak 7,530 kes (74.64 peratus), kategori 3 sebanyak 52 kes (0.51 peratus), kategori 4 iaitu sebanyak 17 kes (0.17 peratus) dan kategori 5 iaitu 8 kes (0.08 peratus),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Noor Hisham berkongsikan nilai kebolehjangkitan Rt negara semalam mencatatkan 1.20.

Menurut beliau, mengikut pecahan negeri-negeri pula, nilai Rt di Selangor (1.19), Sabah (1.41), Pulau Pinang (1.17), Johor (1.16), Kelantan (1.08), Melaka (1.11), Kuala Lumpur (1.12), Putrajaya (1.29), Negeri Sembilan (1.10), Kedah (1.22), Pahang (1.14), Perak (1.10), Terengganu (1.13), Sarawak (1.17), Perlis (1.49) dan Labuan (15 kes).

Dalam satu hantaran berlainan, Noor Hisham menegaskan dengan liputan vaksin yang luas dan dos penggalak dapat mengurangkan keparahan kes.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan