24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

3,245 kes positif COVID-19 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 3,245 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding 2,362 kes jangkitan virus terbabit yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan terbaharu menjadikan sebanyak 2,813,934 kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini setakat ini.

“Daripada jangkitan harian yang dilaporkan, 274 kes melibatkan import.

Advertisements

“Terdapat, 1.2 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima serta selebihnya kategori satu dan dua,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, sebanyak 3,093 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 2,741,355 kes.

“Terdapat 17 kluster baharu lagi dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,047 kluster serta 188 kluster aktif dilaporkan,”katanya.

Ujarnya lagi, sebanyak 183 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan