26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bekas pengarang kanan Utusan ke Media Prima? Siapa?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Heboh awal pagi hari ini apabila sebuah portal berita melaporkan bahawa seorang bekas pengarang kanan Utusan Malaysia bakal dilantik menerajui rangkaian televisyen Media Prima.

Pelantikan tersebut dikatakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Urusan rangkaian televisyen itu yang bakal ditinggalkan oleh Firdaus Abdullah.

Suara.TV yang memetik sumber dalaman Media Prima berkata, Firdaus yang dilantik ke jawatan itu sejurus sebelum pertukaran kerajaan Pusat pada Mac lalu, diminta meninggalkan konglomerat media tersebut.

FIRDAUS ABDULLAH

Tindakan tersebut dikatakan berkaitan dengan ciapan Firdaus dalam twitter yang dianggap tidak profesional sebagai seorang pengamal media.

Wartawan veteran dan penulis blog yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad itu didakwa ‘menyerang’ pegawai kanan media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi media sosial tersebut.

“Media Prima mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Firdaus dan akan diganti dengan seorang bekas pengarang kanan Utusan Malaysia,” kata laporan Suara.TV.

Susulan itu beberapa nama ‘orang kuat’ Utusan telah dikaitkan dengan pelantikan tersebut.

Advertisements

Antaranya bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan bekas Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Bagaimanapun, Aziz ketika dihubungi Edisi 9 mengesahkan beliau tiada kaitan dengan pelantikan tersebut.

“Bukan saya…,” kata Aziz menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Sementara itu, Zulkefli ketika dihubungi juga menafikan perkara itu.

“Tidak betul,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Berhad telah menamatkan penerbitannya pada Oktober tahun lalu berikutan penutupan syarikat media Melayu tertua tersebut.

Bagaimanapun, akhbar itu dilapor akan diterbitkan semula bulan depan di bawah Media Mulia Sdn Bhd, syarikat penerbitan yang dimiliki oleh syarikat sama yang menguasai Media Prima. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan