27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

45,362 mangsa banjir babitkan 7 negeri setakat pagi ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan penurunan dengan 45,362 orang setakat pukul 8.50 pagi ini berbanding 46,524 yang dilaporkan malam tadi.

Menurut info bencana aplikasi dalam talian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu merangkumi 13,153 keluarga di 292 PPS di tujuh negeri.

Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan tertinggi dengan 25,317 orang terdiri daripada 7,499 keluarga di 179 PPS.

Advertisements

Selangor pula merekodkan sejumlah 18,484 mangsa yang terdiri daripada 5,195 keluarga di 99 PPS diikuti Kelantan dengan 862 orang daripada 278 keluarga di lima PPS yang dibuka.

Selain itu, seramai 292 mangsa direkodkan di Negeri Sembilan yang terdiri daripada 84 orang di empat PPS diikuti Kuala Lumpur dengan 234 mangsa daripada 55 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Perak pula mencatatkan 99 mangsa daripada 25 keluarga manakala Melaka dengan 74 mangsa daripada 17 keluarga, yang masing-masing di tempatkan di dua buah PPS.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan