26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Banjir: Semua gajah di pusat konservasi di Pahang selamat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memberi jaminan bahawa Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Pahang masih selamat.

Ia susulan bencana banjir besar di sekitar Kuala Gandah yang menempatkan premis pemuliharaan haiwan itu dekat Lanchang dalam Daerah Temerloh sejak semalam.

“Semua gajah denak dan anak gajah yang ada di situ telah pun selamat dipindahkan segera ke tempat lebih tinggi berdekatan PKGK.

“Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia ingin memohon orang ramai mendoakan keselamatan warga PKGK supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Perhilitan memaklumkan bahawa tinjauan di lokasi kejadian memang mendapati paras air dari sungai berhampiran telah naik hingga ke kawasan tempat letak kenderaan di pusat itu, bagaimanapun, kesemua kakitangan PKGK disahkan selamat.

Advertisements

Untuk rekod, pusat tersebut diwujudkan Perhilitan pada 1989 susulan penubuhan Pasukan Pemindahan Khas Gajah sejak 1974 bagi menyelamatkan spesies gajah Asia di Semenanjung Malaysia.

Lokasinya pula agak strategik berdekatan dengan kawasan hutan simpan hidupan liar Krau berkeluasan lebih 60,000 hektar di Banjaran Titiwangsa yang mengandungi Gunung Benom.

PKGK menjadi destinasi tarikan pelancongan sejak dibuka kepada orang awam pada akhir 1990-an bagi mempromosikan usaha pemuliharaan gajah dalam kalangan masyarakat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan