26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MPN syor pekerja asing diperluas kepada sektor lain

Mesti Baca

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) hari ini mengesyorkan agar pengambilan pekerja asing diperluas kepada sektor-sektor lain selain perladangan, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, langkah tersebut bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja yang sering dibangkitkan kepada MPN, sekaligus membolehkan sektor ekobnomi yang telah dibuka semula dapat beroperasi dengan kapasiti pra-pandemik.

Beliau berkata, dalam hal ini juga, pelaksanaannya perlu disegerakan dan terselaras agar tidak timbul kesulitan kepada pihak industri yang sedang dalam proses pemulihan.

“Namun, MPN menyarankan agar Jawatankuasa Tindakan Khas PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) mencari penyelesaian untuk
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara Kali Keenam di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muhyiddin berkata, perkara tersebut merupakan antara tiga syor oleh MPN setelah meneliti pembentangan-pembentangan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, MPN mahukan agar Kementerian Kesihatan (KKM) memperkasakan kempen kesedaran ujian saringan COVID-19 kendiri dan mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai langkah berwaspada dalam penularan virus COVID-19.

Advertisements

“Majlis juga berpendapat perlunya langkah yang proaktif dan lebih ketat dalam mengambil kira kemungkinan ancaman varian Omicron dengan terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ini penting dalam mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan ekonomi negara,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata, MPN berpandangan bahawa cadangan-cadangan bantuan kepada sektor PKS perlu lebih bersasar dengan memberi keutamaan kepada sektor-sektor yang kritikal.

Sementara itu Muhyiddin berkata, indikator-indikator ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara kini menunjukkan momentum pemulihan yang menggalakkan bagi suku keempat 2021, selaras dengan pembukaan semula ekonomi negara.

“Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku tahun keempat 2021 turut bertambah baik. Majlis optimistik bahawa momentum pemulihan ini akan berterusan memasuki tahun 2022,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, proses pemulihan negara itu perlu diperkukuhkan lagi dengan memastikan semua dasar dan inisiatif pemulihan yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dilaksanakan dengan segera, terselaras, cekap dan berkesan.

Dalam hal ini, jelas beliau, MPN akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memulih semula dan meningkat daya tahan semua segmen sosioekonomi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan