27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bekas Mursyidul Am TIBAI akan jadi Senator

Mesti Baca

Bekas Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md Arip akan dilantik sebagai Senator mewakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Negara.

Semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa, beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih bergelar Perdana Menteri.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pegawai khas bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Advertisements

Memetik laporan Malaysia Gazette, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad merupakan dua lagi pemimpin Bersatu yang akan dilantik sebagai Senator.

Selain mereka, dua pemimpin PAS yang bakal menjadi Senator ialah Naib Presidennya, Idris Ahmad dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, N Balasubramaniam.

Berdasarkan senarai edaran yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran semalam, lima bakal Senator berkenaan akan mengangkat sumpah pada 22 Jun ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan