26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pelanggan bar cedera ditembak, suspek penjawat awam ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki cedera selepas terkena tembakan di sebuah bar di Bandar Puchong Jaya, Serdang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa yang berusia 56 tahun sedang minum di premis berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan, tembakan itu dilepaskan suspek berusia 56 tahun dan mengenai pelanggan di premis terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan di belakang badan dan lengan kiri.

“Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek adalah penjawat awam dan mempunyai kebenaran membawa senjata api.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi berlaku ketika kejadian.

“Suspek kini ditahan dan pistol yang digunakan ketika kejadian turut dirampas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan