33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tiada vaksinasi masih kekal 21.7 peratus – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUS populasi keseluruhan di Malaysia tiada vaksinasi masih kekal dengan 21.7 peratus bagi dua hari berturut-turut, berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.3 peratus atau 8,449 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 75.7 peratus atau 42,888 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 24,730,649 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 92,325 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 825,497 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 143,662 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 50,946,620 dos.

Advertisements

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif terus menunjukkan penambahan kes dengan sebanyak 937 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes  aktif kini mencecah 63,827 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 49,714 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 7,945 kes di PKRC.

Sementara, terdapat 5,630 kes di hospital, 264 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 274 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan pertambahan kes dengan 5,337 menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,435,459 kes. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan