33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Najib sahkan Sulaiman Ketua Menteri, bukan Rauf

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) telah menetapkan bahawa Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya parti itu dapat membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak di Melaka hari ini.

Kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu sekali gus menafikan dakwaan banyak pihat bahawa penyertaan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam PRN Melaka bagi mengisi jawatan Ketua Menteri.

“Oh tak, tak, tak… kita (BN) dah tentukan Datuk (Seri) Sulaiman (Md Ali). Jangan memandai-mandai ya,” kata beliau kepada media.

Advertisements

Sulaiman, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran Langkah Sheraton, menggantikan Datuk Seri Azly Zahari.

Bagaimanapun, Sulaiman hilang majoriti setelah empat ADUN menarik sokongan terhadapnya sehingga memaksa beliau membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Dalam PRN Melaka ini, Sulaiman dicabar oleh dua calon lain iaitu Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN/Bersatu) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH/PKR).

Manakala Rauf pula berdepan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN/Bersatu) dan Zainal Hassan (PH/PKR). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan