25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiada lokaliti kena PKPD 7 hari berturut-turut – MKN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIADA lokaliti baharu di negara ini yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan COVID-19 selama tujuh hari berturut-turut sejak 21 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ini bermakna tidak ada lokaliti yang akan menjalani PKPD untuk tempoh 14 hari itu selain tiada lokaliti yang dilanjutkan perintah tersebut.

“Ini bermakna tiada mana-mana lokaliti di seluruh negara yang akan menyaksikan sebarang penamatan sekatan pergerakan secara bersasar tersebut,” kata beliau menerusi Facebook MKN hari ini.

Advertisements

Kali terakhir PKPD diumumkan pada 21 Oktober lalu melibatkan Kampung Orang Asli Ruai dalam Mukim Batu Talam, Raub, Pahang yang bermula 22 Oktober dan dijangka tamat pada 4 November ini.

Sementara pada 23 Oktober lalu, PKPD di tiga lokaliti termasuk satu lokaliti tanah rancangan di Raub, Pahang ditamatkan pada 25 Oktober.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan