31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kes sembuh bertambah, atasi kes harian – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 7,595 kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,347,985.

Angka kes sembuh tersebut sekaligus melebihi kes harian negara yang dicatatkan iaitu sebanyak 6,127 kes semalam.

Sementara, sebanyak 98 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 28,674 kes manakala, sebanyak 32 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Advertisements

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,803 kes.

Sementara itu, pesakit aktif terus menurun  dengan sebanyak 1,545 kes dilaporkan menjadikan jumlah terkini sebanyak 71,713 kes.

Ia melibatkan 55,371 kes dikuarantin di rumah dan 9,611 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Sementara, 6,169 kes di hospital, 270 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 292 di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan