27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Langgar SOP PRN, MUDA dikompaun RM4,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Melaka mengeluarkan kompaun sebanyak RM4,000 terhadap Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas menganjurkan sidang media di Bangunan Stadthuys, Melaka, petang tadi.

Kompaun itu dikeluarkan oleh sepasukan pegawai dan anggota pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kira-kira jam 1.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, dalam penugasan pasukan itu di sekitar lokasi pelancongan di Banda Hilir anggota terlibat telah melihat beberapa individu berpakaian kemeja-T tertera perkataan ‘MUDA’.

Katanya, ketika pasukan itu menghampiri kumpulan individu terbabit, seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku sebagai penganjur perhimpunan sidang media yang akan dibuat oleh Pengerusi MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Polis telah menasihatkan penganjur untuk menghentikan program sidang media tersebut berikutan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 melarang sebarang program berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mulai kelmarin hingga 27 November ini, yang menyebabkan kehadiran orang ramai hingga menyukarkan penjarakan sosial.

“Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak memberi kerjasama dan meneruskan sidang media berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau berkata, sidang media berkenaan dimulakan sebaik sahaja Syed Saddiq tiba di lokasi berkenaan dan program tersebut dihadiri kira-kira 30 hingga 40 orang.

“Susulan kejadian itu, lelaki berusia 20 tahun itu dipanggil ke IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan kesalahan dilakukan mengikut Peraturan 10 P.U (A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDBP) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Kompaun sebanyak RM4,000 dikeluarkan kerana menganjurkan sidang media berkaitan PRN Melaka, yang menyebabkan orang ramai berhimpun,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq mengadakan sidang media berkenaan bagi mengumumkan MUDA akan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam PRN Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan