25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

18,766 lagi individu terima dos penggalak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 18,766 individu telah menerima dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19 berdasarkan data pada laman web Covidnow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat semalam.

Bagi pemberian dos penggalak harian pula, sebanyak 3,181 penerima direkodkan.

Secara keseluruhannya mengikut data yang sama, sebanyak 22,146,626 individu telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksin Covid-19 bersamaan dengan 67.8 peratus populasi di negara ini.

Menurut data berkenaan, sekurang-kurangnya sebanyak 75.7 peratus bersamaan 24,715,782 individu menerima vaksin satu dos di negara ini.

Sementara itu, hanya terdapat 0.8 peratus daripada 95,395 pesakit aktif Covid-19 mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berdasarkan data pada laman web Covidnow, setakat semalam.

Advertisements

Daripada peratusan semalam, 0.4 peratus iaitu bersamaan 350 pesakit mendapatkan rawatan di ICU tanpa alat bantuan pernafasan (ventilator) dan 0.4 peratus bersamaan 344 pesakit di ICU dengan alat bantuan penafasan.

Menurut data berkenaan, sebanyak 73,507 pesakit iaitu bersamaan 77. 1 peratus pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di rumah, manakala, seramai 14,401 pesakit lagi bersamaan 15.1 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Manakala, seramai 6,793 pesakit bersamaan 7.1 peratus ditempatkan di hospital.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan kes Covid-19 mencecah 2,379,466 kes semalam dengan pertambahan 7,493 kes harian baharu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan