25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

KKM keluar garis panduan baharu kuarantin pengembara

Garis panduan sedia ada berkaitan kuarantin wajib bagi pengembara dan perintah pengawasan bagi kontak rapat masih terpakai, kata Khairy Jamaluddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu garis panduan baharu kuarantin bagi semua pengembara mulai Isnin ini, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, di bawah garis panduan itu, semua pengembara yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa menjalani pengurangan kuarantin kepada tujuh atau 10 hari bermula pada Isnin ini.

Beliau berkata, ketetapan garis panduan baharu berkenaan bagi tujuan menyelaras dan memastikan kelancaran pelaksanaan tempoh kuarantin.

“Bagi individu sedang menjalani kuarantin wajib, mereka akan diberi Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian mengikut tempoh kuarantin baharu yang diumumkan.

“Bagaimanapun ujian RT-PCR perlu dijalankan sebelum Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

“Kegagalan untuk mematuhi perintah ini adalah kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Khairy berkata, dengan penyelarasan itu, individu yang sedang menjalani kurantin wajib hari kelima dan ke atas serta lengkap vaksinasi COVID-19, akan menjalani ujian RT-PCR bermula hari ini.

Katanya, sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 negatif, mereka akan diberikan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

“Bagi individu tidak mengambil vaksin atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib hari kelapan dan ke atas, mereka boleh menjalani ujian RT-PCR bermula hari ini,” katanya.

Jelas beliau lagi, garis panduan sedia ada berkaitan kuarantin wajib bagi pengembara dan perintah pengawasan bagi kontak rapat masih terpakai walaupun kerajaan menetapkan tempoh baharu arahan itu.

“Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan untuk terus mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk menjalani ujian saringan RT-PCR ketika tempoh kuarantin dan pengawasan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan mereka yang lengkap vaksinasi COVID-19 akan menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari manakala yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi, perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan