27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Tidak akan beri ‘muka’ kepada antivaksin – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menerusi Kementerian Kesihatan tidak akan memberi ‘muka’ kepada golongan antivaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun katanya, Kementerian Kesihatan akan terus komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin.

“Bagi antivaksin, mereka berkemungkinan menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

“Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah. Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokuskan pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan