30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Semalam sahaja, sebanyak 117 kes kematian COVID -19 dilaporkan dengan tiga daripadanya ialah kes kematian sebenar bagi tempoh 24 jam

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 di seluruh negara sebanyak 26,876 kes.

Selain itu, terdapat 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID terkini sebanyak 5,398 kes.

Advertisements

Kes kematian itu dilaporkan di Sarawak (21), Johor (19), Selangor (14), Perak (14), Kelantan (11), Sabah (11), Kedah (8), Terengganu (5), Pahang (4), Kuala Lumpur (4), Melaka (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Sementara itu, kes sembuh merekodkan pertambahan dengan sebanyak 15,615 dilaporkan.

Dalam pada itu, kes aktif semakin menurun dengan 135,945 kes termasuk 110,462 kes (81.3 peratus) dikuarantin di rumah, 16,394 kes (12.1 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 8,243 kes (6.1 peratus) di hospital, 405 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 441 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan