26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mufti Terengganu nafi pertikai pengambilan vaksin

Segala tuduhan, tohmahan dan sebarang kenyataan yang tidak benar itu wajar dihentikan serta-merta dalam apa jua medium penyebaran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jabatan Mufti Negeri Terengganu kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memetik kenyataan Mufti Terengganu seolah-olah mempertikaikan pengambilan vaksin pada 6 September lalu.

Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan penggunaan vaksin COVID-19 seperti yang tular dalam media sosial.

Menurutnya, segala tuduhan, tohmahan dan sebarang kenyataan yang tidak benar itu wajar dihentikan serta-merta dalam apa jua medium penyebaran.

“Pihak Jabatan Mufti Terengganu bersetuju dan selari dengan ketetapan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020.

“Semua rakyat Terengganu dinasihatkan mengambil vaksin COVID-19 sebagai satu usaha dan ikhtiar dalam mengekang penularan wabak berkenaan sebagaimana keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohamad Sabri juga meluahkan kekesalan kerana ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kenyataan di luar konteks sebenar.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 28 Julai lalu membuat keputusan bahawa pihak pemerintah boleh menetapkan apa juga arahan dalam usaha membendung penularan COVID-19 selama mana tujuannya untuk kebaikan dan mendatangkan maslahah kepada rakyat sebagai salah satu alternatif dalam dunia perubatan masa kini.

“Hukum penggunaan vaksin yang sudah disahkan dan diperakui selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah harus demi menjaga nyawa manusia dan mengekang penularan jangkitan virus COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, tersebar dalam media sosial yang memetik kenyataan Mufti Terengganu berkenaan isu vaksin 6 September lalu sehingga menimbulkan pelbagai salah faham dalam kalangan netizen.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan