30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kaunter rayuan BPN kembali jadi tumpuan

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kembali menjadi tumpuan orang ramai yang membuat rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebaik sahaja cuti Hari Raya Aidilfitri berakhir, semalam.

Tinjauan edisi 9 di pejabat agensi itu di sini mendapati proses semakan dan rayuan BPN didapati terkawal dan lancar selepas mula dibuka semula hari ini.

Rata-ratanya orang ramai telah membuat permohonan melalui laman web ataupun permohonan awal selepas dibuka sejak 11 Mei lalu.

Advertisements

Prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial ditetapkan LHDN memudahkan pelanggan berurusan semasa membuat rayuan permohonan ini.

Berdasarkan data pangkalan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan LHDN pada 10 Mei lalu sebanyak 8.3 juta penerima telah diluluskan dengan peruntukan 9.3 billion.

Orang ramai boleh membuat permohonan rayuan sehingga 31Mei ini dan boleh membuat semakan kelulusan bermula Jun di laman sesawang LHDN. – edisi9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan