29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

15 keluarga Beego, positif virus COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pelakon, Beego mengesahkan 15 orang ahli anggota keluarganya di Johor Bahru dijangkiti COVID-19.

Memetik laporan Utusan Online, khabar duka yang dikongsi Beego di Instagram miliknya, turut menjelaskan bahawa dalam kalangan keluarganya itu ada yang sudah lengkap dua dos vaksinasi.

“15 orang ahli keluarga saya sendiri. Satu hal yang tidak terjangka COVID-19 itu wujud yang boleh menjangkiti. Tapi apa pun wabak ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah SWT. Yang pergi selamanya kerana dalam Rahmat Allah swt juga.

Video yang dikongsi Beego di laman Instrgramnya.

“Kalau iya pun wabak ini adalah senjata biologi untuk mengurangi manusia. Kena selalu ingat matinya seorang itu sekiranya dibunuh oleh agenda atau apa pun, sebagai seorang Islam syurgalah tempat kamu. Mati kerana wabak,syurga juga buat kamu,” tulisnya.

Advertisements

Beego atau nama sebenar, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua kenalannya yang telah kehilangan orang tersayang.

“Semoga bertabah, reda,zuhud dan istiqamah. Apa pun yang ada atas dunia bersama kita adalah pinjaman daripada sang Pencipta,” ujarnya.

Menerusi perkongsi hantaran video dimuat naik, dapat dilihat kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hadir di kediaman keluarganya untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan