31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Labuan beralih ke Fasa 4, Negeri Sembilan Fasa 2 PPN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri pertama di Malaysia yang beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu hampir kepada kehidupan normal mulai Khamis, 26 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebooknya malam ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama Negeri Sembilan pula akan beralih daripada Fasa kepada Fasa 2.

“Satu berita baik yang dinanti-nantikan. Keluarga kita di Wilayah Persekutuan Labuan sudah dibenarkan untuk beralih ke Fasa 4 manakala Negeri Sembilan pula ke Fasa 2 bermula 26 Ogos 2021.

“Ini adalah kerana kadar vaksinasi yang cemerlang dan penurunan penggunaan katil kes COVID-19 di ICU. Ayuh kita kekalkan momentum ini!” kata Perdana Menteri.

Berdasarkan data dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), kadar penggunaan katil pesakit tersebut di Labuan sudah menurun sehingga 0 peratus.

Perdana Menteri berkata, dengan peralihan ke Fasa 4, semua operasi sektor ekonomi berkapasiti pekerja maksimum 100 peratus, manakala untuk majlis sosial dihadkan kepada 50 peratus bergantung kapasiti premis atau dewan.

Advertisements

“Bagi aktiviti seminar, bengkel, kursus dan aktiviti berkaitan mesyuarat secara semuka pula boleh memenuhi 50 peratus kapasiti ruang. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard,” kata Perdana Menteri.

Bagi penduduk di Negeri Sembilan pula, mereka diberikan kelonggaran merentas daerah, merentas negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh serta untuk ibu bapa untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Manakala aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan tetapi mengikut ketetapan dan SOP pihak berkuasa agama negeri manakala aktiviti agama lain rumah ibadah masing-masing tertakluk ketetapan Kementerian Perpaduan Negara.

Mereka juga benarkan makan di kedai (dine-in) bagi mereka yang lengkap vaksin manakala aktiviti pelancongan hanya dibenar dalam negeri yang sama.

Labuan merupakan negeri pertama yang mencapai imuniti kelompok dengan kadar vaksinasi dos lengkap melebihi 90 peratus pernduduk dewasa sehingga semalam manakala bagi Negeri Sembilan, mencapai 85 peratus.

Manakala bagi kes harian positif COVID-19 pula, Labuan terus merekodkan jumlah kes satu digit sejak lebih seminggu lalu dan hari ini hanya empat kes, manakala Negeri Sembilan pula sebanyak 351 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan