25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

4.76 juta individu terima dos kedua setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 4.76 juta rakyat Malaysia sudah menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menerusi data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), secara keseluruhannya, jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 sehingga 20 Julai 2021 ialah 15,071,814 dos.

Ia turut melibatkan jumlah populasi pemberian vaksin COVID-19 bagi dewasa iaitu dos pertama sebanyak 31.5 peratus dan dos kedua (14.6 peratus). 

Liputan pemberian vaksin COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus mencatatkan jumlah kumulatif tertinggi semalam, dengan 4,140,969 dos pertama manakala 1,329, 503 dos kedua dilaporkan. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah individu yang menerima dos pertama sahaja sebanyak 10,301,905 orang. 

Advertisements

“Daripada jumlah kumulatif itu, 4,769,909 orang telah menerima dos kedua,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau di sini. 

Jelas beliau, semalam sahaja, sebanyak 299,593 dos pemberian vaksin COVID-19 harian telah diberikan kepada penerima. 

“Daripada jumlah itu, 204,064 individu telah menerima dos pertama manakala, seramai 95,529 orang menerima vaksin dos kedua,”katanya.

Berdasarkan laporan harian pemberian vaksin COVID-19 semalam,lima negeri mencatatkan pemberian kedua-dua dos vaksin tertinggi terdiri, Selangor 107,444 dos diikuti Kuala Lumpur (69,493 dos), Sarawak (46,606 dos), Johor (28,050 dos) dan Pulau Pinang (14,630 dos). – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan