27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Central Airlines, pesawat kargo operasi di KLIA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini menerima kehadiran pesawat kargo Central Airlines dari Shenzhen, China yang akan memulakan operasi pada tahun ini.

Biarpun di dalam tempoh pandemik, permintaan yang kukuh terus diterima Malaysia terhadap perkhidmatan kargo udara.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, KLIA telahpun menerima kehadiran pesawat kargo Central Airlines baru-baru ini,menjadikan pesawat kargo ketiga yang akan beroperasi tiga kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 737F.

“Dua lagi pesawat kargo udara yang memulakan operasi di KLIA pada tahun ini adalah Kargo Xpress dan GetJet Airlines,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, dengan menarik penyertaan rakan pesawat baharu dan menyokong pertumbuhan mereka akan memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab kargo serantau.

“Terutamanya sebagai pusat pengedaran e-dagang serantau,” katanya.

Central Airlines, yang turut dikenali sebagai ZhongzhouAirlines merupakan pesawat kargo China yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan