27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kapasiti pemberian vaksin ditingkatkan bulan ini – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kapasiti pemberian vaksin akan terus dipertingkatkan di seluruh negara pada bulan ini, berikutan Malaysia bakal menerima lebih 12 juta dos vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, dengan jumlah besar bekalan vaksin itu, ia memberi gambaran akan melalui tempoh tiga bulan yang mencabar dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangaaan (PICK).

“Sudah pasti bermula Julai akan jadi tempoh genting buat PICK,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 7.46 minit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan program vaksinasi negara.

Advertisements

Bagaimanapun, Khairy percaya dengan usaha mempertingkatkan kapasiti vaksinasi di seluruh negara ia akan membantu dari segi kelancarannya.

“Lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka, selain tambahan tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan, katanya.

Menurut beliau, sebanyak 1, 400 PPV sedang beroperasi setakat ini.

” Ia terdiri PPV Mega, dan juga PPV dalam pelbagai bentuk, antaranya seperti perkampungan orang asli, rumah ibadat, sekolah, universiti awam, dewan selain program vaksinasi dari rumah ke rumah,”katanya.

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan