Friday, June 12, 2026

Lebih 11,000 ahli baharu UMNO, Kelantan antara tertinggi – Asyraf

Menariknya, Kelantan yang merupakan kubu kental Pas sejak sekian lama merekodkan jumlah pendaftaran ahli baharu UMNO keempat tertinggi diikuti Selangor dan Kuala Lumpur.

Mesti Baca

UMNO berjaya merekrut 11,077 ahli baharu menerusi pendaftaran secara dalam talian sejak dimulakan empat hari lalu sehingga malam ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu hampir 70 peratus terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh negara

Beliau berkata, setakat 8.15 malam ini, seramai 6,638 telah mendaftar sebagai Pemuda UMNO dan 820 lagi sebagai Puteri UMNO.

Katanya, seramai 2,727 mendaftar sebagai ahli biasa sementara bagi Wanita UMNO pula merekodkan pendaftaran seramai 892 orang.

“Terima kasih dan selamat datang ke keluarga besar UMNO sebuah Rumah Bangsa untuk terus memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi kemas kini dalam Facebooknya malam ini.

Asyraf Wajdi berkata, Johor mencatatkan jumlah pendaftaran ahli baharu tertinggi diikuti oleh Pahang dan Perak.

Menariknya, Kelantan yang merupakan kubu kental Pas sejak sekian lama merekodkan jumlah pendaftaran ahli baharu UMNO keempat tertinggi diikuti Selangor dan Kuala Lumpur.

“Boleh tak saya nak tahu apa sebab utama saudara dan saudari mendaftar ahli UMNO?,” tanya Asyraf Wajdi.

Berdasarkan maklum balas warganet, antara punca mereka tertarik untuk menyertai parti itu kerana melihat keikhlasan para pemimpinnya membela nasib rakyat.

Ini termasuk cara Asyraf Wajdi sendiri selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menguruskan agensi itu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Penyertaan semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan kelantangan Ketua Pemuda hari ini, Datuk Dr Akmal Saleh juga antara sebab anak muda tertarik untuk bersama UMNO.

Mereka yang mahu mendaftar sebagai Ahli UMNO boleh melakukannya menerusi http://myumno.org. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan