Friday, June 5, 2026

PRN Sabah: BN muktamad hanya bekerjasama dengan PH

Mesyuarat juga menetapkan kepentingan rakyat Sabah dan negara dipelihara serta meneruskan tradisi kestabilan dan pembangunan yang menunjangi perjuangan BN selama ini.

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) memuktamadkan hanya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 pada 29 November ini.

Keputusan itu dicapai dalam persidangan Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mesyuarat turut membuat penetapan pembahagian kerusi yang sudah disepakati antara BN dan PH.

“Mesyuarat juga menetapkan kepentingan rakyat Sabah dan negara dipelihara serta meneruskan tradisi kestabilan dan pembangunan yang menunjangi perjuangan BN selama ini,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan sejurus selesain persidangan Dewan Tertinggi BN hari ini. 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Zambry berkata, pelancaran Jentera BN bagi PRN Sabah akan diadakan esok pukul 2.30 petang di Sutera Harbour Kota Kinabalu.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga dijangka mengumumkan senarai calon BN yang akan bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Sabah Ke-17 pada 15 November, pengundian awal pada 25 November sementara hari pembuangan undi pada 29 November 2025. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan